Trend fesyen TELEKUNG..sah solat atau tidak?

Trend sekarang memperlihatkan kaum wanita mengenakan pelbagai rekaan telekung solat di mana bukan hanya terdiri dari pelbagai warna malah dari segi rekaannya pun hadir dengan pelbagai pilihan fabrik dan perhiasan.

Gambar hiasan.

Apakah hukum memakai telekung solat berwarna-warni dan berhias dengan pelbagai jenis perhiasan termasuk renda, manik, dokoh dan sebagainya? Jom baca pendapat Da’i Hamidah Ab Razak tentang trend fesyen telekung yang ada hari ini.

Da’i Hamidah Ab Razak

Wallahu A’lam, hukumnya Sah jika telekung itu menepati syara’, tutup aurat dan longgar. Sekiranya warna terlalu terang dan corak-corak di telekung itu banyak dan orang yang solat di belakang atau yg dihadapanya terganggu ,maka ia boleh jatuh hukum makruh.

Sebenarnya Islam tidak melarang untuk kita kelihatan cantik,malah Islam amat sukakan perkara yang indah dan cantik, namun sekiranya ia mengganggu ibadah, itu yang kita perlu berhati-hati, agar solat kita berkualiti.

Berdasarkan hadis Nabi SAW bahawa Nabi solat di atas kain yang bergambar. Lalu beliau melihat kepada gambar tersebut. Selesai solat beliau berkata: “Pergilah dengan membawa kain ini kepada Abu Jahm dan gantilah dengan pakaian kosong yang tiada gambar dari Abu Jahm. Sungguh kain ini tadi telah mengganggu solatku”.

Nabi bersabda: “Aku melihat pada gambarnya dan aku khawatir gambar itu menggangguku.”

(Hadis Riwayat Imam Bukhori)

Oleh itu bersederhanalah, jadikan solat kita berkualiti dengan menjaga yang wajib dan menjauhi yang dilarang juga berhati – hati dengan perkara yang boleh mencacatkan amal ibadah kita.

 

error: Content is protected !!