TRIK GAYA ranggi dan chic persis SELEBRITI

Apa yang digayakan golongan selebriti menjadi rujukan fesyen paling popular bagi penggemar fesyen. Tidak ada halangan kepada anda yang berhijab untuk tampil dengan gaya ranggi dan chic. Asalkan apa yang dipakai sesuai dengan imej anda sebagai wanita berhijab. Jom intai penampilan outer wear seperti jaket dan blazer di mana fungsinya kini menjadi lebih versatil seiring dengan trend fesyen semasa.

  1. Jaket atau kot mahu pun blazer digayakan sebagai outer layer untuk tampilan elegan dan bersahaja. Sentuhan street style atau gaya elit jalanan namun masih kekal kemas dan bergaya. Langkah meyakinkan untuk ke majlis minum petang.

  1. Jaket denim agak popular untuk gaya ranggi. Padankan jaket denim anda bersama kemeja kotak-kotak, t-shirt, top kosong mahupun blaus. Anda pasti tampak hip dan cool. Gaya begini lebih sinonim dengan golongan remaja.

  1. Teknik layering jaket denim dengan lapisan kemeja, sweater atau blazer juga menjadi trend fesyen yang mendapat perhatian. Lazimnya digayakan pada situasi yang tertentu sahaja seperti di tempat bercuaca sejuk dan berhawa dingin. Untuk cuaca di Malaysia mungkin kurang sesuai.

  1. Gaya off shoulder jacket sebelah atau kedua-dua belah bahu semakin popular di Malaysia. Ramai selebriti berhijab yang menampilkan gaya chic begini dan ia telah menjadi inspirasi di kalangan hijabi untuk turut menggayakan stail ini.

  1. Stail jaket berpotongan labuh kembali menghangatkan pentas fesyen. Jaket, blazer mahupun kardigan labuh sering menjadi pilihan sang hijabi untuk digayakan dengan skinny jeans bagi memberi impak ringkas dan ranggi.- HF
error: Content is protected !!