TYA ARIFFIN 'mangsa' makan jamu

Tidak mensia-siakan pengalaman yang diwarisi daripada kedua orang tuanya, aktres yang juga isteri kepada ahli perniagaan terkenal, Asyraf Khalid iaitu Tya Ariffin merebut peluang dengan meneruskan resipi turun temurun keluarga dalam perniagaan menjual jamu.

Dilahirkan di Indonesia dalam sebuah keluarga yang begitu mementingkan kesihatan dan kecantikan diri menjadikan Tya sangat dekat dengan amalan memakan jamu.

Mendapat sokongan dan dorongan penuh daripada suami untuk menceburkan diri dalam dunia bisnes.

“Ayah Tya memang menjual jamu manakala ibu Tya pula pengamal tegar jamu. Sudah pastilah Tya yang menjadi mangsa kena makan jamu sejak dari kecil lagi. Ibu Tya akan buat sendiri rumusan jamu dan paksa Tya makan sejak umur Tya enam tahun sampailah sekarang,” ujar Tya sambil ketawa.

Malah ibu muda berusia 24 tahun ini juga tampil berbeza dengan kebanyakan selebriti lain yang lebih gemar memilih bisnes berasaskan produk komersial seperti tudung, minyak wangi dan kosmetik.

Optimis jamu Mutyara Beauty akan diterima ramai.

Jelas Tya, produk jamu yang diberi nama Mutyara Beauty ini berasaskan cecair dengan kandungan 350ml dan berharga RM68. Mutyara Beauty diharapkan mampu mengubah skeptikal golongan remaja dan wanita moden hari ini yang melihat jamu hanya sesuai untuuk wanita berusia semata-mata.

“Kalau dahulu saya lihat sendiri ramuan jamu dicampur, ditumbuk, dikisar dan dikupas secara tradisional tapi sekarang saya inovasikan kepada bentuk cecair dengan harga mampu milik bagi memudahkan wanita hari ini yang terlalu sibuk dengan kerjaya untuk mengamalkan jamu.

“Dengan rumusan campuran buah cranberries dan makanan sunnah seperti habatus sauda, kurma, madu dan halba, Tya yakin Mutyara Beauty akan menjadi pelengkap istimewa untuk kaum wanita.

Datuk K dan Datuk Siti Nurhaliza turut hadir memeriahkan majlis perasmian Mutyara Beauty.

“Lazimnya ramai yang menganggap jamu ini hanya untuk orang tua dan wanita selepas bersalin sahaja. Tetapi mereka tak faham sebenarnya khasiat semula jadi jamu bagus untuk semua wanita tidak kira peringkat umur.

Mutyara Beauty boleh diminum seawal usia berusia 16 tahun, anak dara, ibu muda dan semua wanita yang mementingkan penjagaan dalaman dan menghargai diri serta orang tersayang,” kongsinya pada majlis perasmian Mutyara Beauty yang diadakan di WOW KL, pada Rabu.

Tya juga gembira kerana selain suami, ahli keluarga yang lain termasuk Datuk Siti Nurhaliza dan Izara Aishah turut mencuba jamu keluarannya.

Foto: Shahril Azman Zain

error: Content is protected !!