Untung kalau secantik FARA LISA

Model muslimah yang dikenali sebagai Fara Lisa ini cukup popular di kalangan hijabi. Tinggi lampai orangnya, berkulit putih bersih, raut wajah nan jelita menjadi pilihan banyak butik-butik online dan produk kecantikan yang menggunakan khidmatnya sebagai model mereka. Jom kenali lebih dekat si jelita ini. HF ada 6 soalan untuk Fara Lisa!

Dalam banyak-banyak sesi fotografi yang dijayakan, pengalaman mana paling tidak boleh dilupakan?

Sesi fotografi yang dijayakan sewaktu di Jepun. Sangat mencabar kerana menjalani fotografi dalam kesejukan.

Tiga sebab utama anda terjun dalam bidang modeling?

Kerana minat, mencuba nasib dan ingin menambah pengalaman.

Wishlist negara luar yang ingin anda terokai?

Greece! Kerana keindahannya yang luar biasa menyebabkan Fara ingin ke sana. Pernah sekali mendapat peluang ke sana bersama butik, tetapi masa itu terlalu muda dan tak mendapat keizinan daripada ibu bapa.

Apakah hidangan atau juadah yang anda pandai masak tetapi anda tak makan makanan tersebut?

Kek pelangi sebab banyak planta dan udang petai sebab ada petai.

Saat paling memalukan dalam hidup anda adalah apabila?

Ketika menjalani sesi fotografi di Hotel Majestic Kuala lumpur, saya terjatuh dan kaki hampir terseliuh.

Siapa tiga individu yang anda sanggup berkorban masa, duit dan tenaga untuk mereka?

Ayah, ibu dan adik-beradik.

Kredit foto: Instagram @faralisamzmn

error: Content is protected !!