Walaupun belum berhijab, NORA DANISH peka dengan privasi golongan MUSLIMAH

Peka dengan keperluan rakan-rakan hijabi untuk membuka aurat tanpa rasa bimbang ketika berkunjung ke salun rambut dan kecantikan, pelakon jelita Nora Danish tampil dengan Karva Salon for Ladies by Nora Danish, salun khusus untuk golongan Muslimah yang terletak di G Village, Jalan Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Nora yang kini kembali aktif di layar kaca mengusahakan salun ini bersama dua rakan kongsinya iaitu Cathy Danish dan Pengasas Karva Singapura, Rozza Ramli.

Selepas membuka kafe dan butik, Nora kini beralih ke bisnes salun.
Nora memotong riben sewaktu majlis perasmian Karva Salon for Ladies by Nora Danish baru-baru ini.

Istimewanya Karva Salon for Ladies by Nora Danish adalah kerana ia disediakan khusus untuk golongan berhijab yang pastinya menjanjikan pengalaman berbeza dan eksklusif sepanjang membuat rawatan kecantikan di salun tersebut.

“Apa yang lebih menarik, pelanggan bukan sahaja boleh menjalani rawatan rambut dan kecantikan malah boleh mengadakan majlis persendirian di bawah pakej Karva Primp & Pamper.

“Anda boleh raikan majlis seperti bridal shower, sambutan hari jadi dan sebagainya sambil menikmati  masa untuk diri sendiri (me time) ketika menjalani rawatan dan dandanan kecantikan tanpa rasa bimbang tentang aurat.

Menerapkan dekorasi feminin dan glam.
Rawatan mencantikkan kuku turut disediakan.
Dekorasi Karva Salon yang eksklusif.

“Kami memahami kehendak wanita lebih-lebih lagi golongan hijabi yang mahukan ruang privasi untuk membuka tudung mereka ketika memanjakan diri di salun.

“Dekorasi hiasan dalaman bercirikan feminin dan glam yang menghiasi segenap ruang di Karva Salon juga direka khas bagi memberi aura keceriaan dan menimbulkan mood romantis dan santai kepada pelanggan.

Kaum wanita boleh menghabiskan masa memanjakan diri dalam suasana tenang di Karva Salon.
Bilik rawatan yang menggunakan teknologi moden.
Bilik untuk rawatan kuku.

“Kerana itu Karva Salon adalah pilihan tepat untuk anda mendapatkan rawatan kecantikan sambil merapatkan hubungan persahabatan bersama-sama teman-teman dalam suasana relaks dan mengujakan,” jelas Nora lagi.

Menerapkan konsep elegant, classy and fabulous, Karya Salon for Ladies by Nora Danish beroperasi setiap hari dari jam 10.30 pagi hingga 8.00 malam.- HF

Foto: Noreeza Hashim

error: Content is protected !!