YAYA, Mua Sempoi Yang Kini Jadi Rebutan!

Semakin mengukir nama dalam bidang solekan, MUA sempoi yang mesra disapa Yaya ini semakin hari semakin laris menjadi rebutan bakal-bakal pengantin, golongan selebriti dan model-model muslimah bagi mendapatkan sentuhan tatarias darinya. Jom kenali siapa Yaya dengan lebih dekat!Bagaimana kerjaya anda bermula?
Penglibatan awal saya dalam bidang ini bermula ketika saya memulakan kerjaya sebagai promoter jualan di kaunter produk kosmetik dan penjagaan kulit Guerlain. Di situlah saya memulakan langkah berjinak-jinak dengan dunia solekan dan tatarias. Saya memberanikan diri merias kawan-kawan dan keluarga untuk majlis-majlis istimewa.
Boleh kongsikan pengalaman sebagai MUA? 
Mengembangkan minat saya secara serius dalam bidang tatarias, saya menyertai SASA sebagai konsultan dan seterusnya menyertai Kryolan Malaysia sebagai penasihat kecantikan serta MUA. Ketika itu, saya merupakan MUA pertama Kyrolan di Malaysia. Saya banyak menyertai kelas dan dihantar oleh pihak Kyrolan Malaysia untuk mempelajari teknik-teknik makeup effects, face contouring, shading dan highlite di bawah Cosmoprof Academy di Singapura.
Kenapa memilih bidang tatarias?
Kerana saya suka sesuatu yang cantik dan merias pelanggan memberikan saya kepuasan untuk berkarya. Tambahan pula apabila pelanggan berpuas hati dengan hasil solekan.
Signatur solekan anda?
Signatur solekan saya ialah smokey eye dan natural. Saya juga gemar menggunakan teknik ‘cut crease’ yang sangat popular ketika ini.

 

Antara hasil solekan Yaya yang dikongsikan di instagramnya.

MUA profesional yang menjadi inspirasi?
Saya memilih Samer Khouzami, seorang jurusolek terkenal yang berasal daripada Beirut, Lebanon.
Kongsikan antara pencapaian sebagai MUA?
Saya pernah merangkul anugerah ‘Best Beauty Consultant’ selama empat tahun berturut-turut ketika menjadi konsultan di SASA selain berjaya lulus dengan baik untuk semua subjek bagi ‘makeup assessment’, SASA Hong Kong. Ketika di Kyrolan pula, saya berpeluang merias selebriti serta model untuk majalah dan juga pentas peragaan. Disamping itu, saya juga sering menyertai pertandingan solekan selain menjadi tenaga pengajar untuk pelbagai kelas serta bengkel solekan dan tatarias.
Apakah prinsip kerja anda?
Usaha keras dan jangan pernah berhenti belajar!


Intepretasi fesyen bagi anda?
Jangan berlebih-lebih atau istilahnya ‘overdress’. Apa yang penting, ringkas dan selesa.
Jenama alat solek kegemaran?
Jenama alat solek kryolan,MAc,Estee lauder ,Ben Nye,graftobian,NARS,urban decay,anastacia Beverly Hills. 

 

 

 

 

error: Content is protected !!